Program KBD (Tayangan Video Maklumat) dan Advokasi (Tayangan Video E-waste) sempena lawatan sambil belajar Tabika Kemas kampung Jerijeh Baru
6 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Oktober 2017 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi sempena lawatan sambil belajar Tabika Kemas Kampung Jerijeh. Seramai 33 orang kanak-kanak termasuk 3 orang guru pengiring dari tabika kemas Jerijeh turut serta dalam program ini. PI Jerijeh mengambil peluang ini untuk menayangkan tayangan video KDB dan Advokasi untuk memberi infomasi cara menggunakan internet dengan betul.
Selain itu memperkenalkan peralatan komputer dan elektronik yang ada di pusat Internet kepada anak-anak tabika kemas. Kanak-kanak seharusnya diberi pendedahan awal mengenai peralatan komputer dan elektronik sebagai pengetahuan mereka untuk masa mendatang.
Pada program ini, tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) diselitkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Sehubungan itu, tayangan video E-Waste dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara pelupusan peralatan elektronik dengan betul. Selain itu, pihak PI juga turut menayangkan lagu kanak-kanak untuk tontonan anak-anak tabika kemas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: